Thursday 18 January 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PENARAFAN 5 BINTANG BILIK PPDA KALI PERTAMA 2018

Tarikh : 18 Januari 2018
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Pekan Jaya

Pada tahun ini, SK Pekan jaya telah terpilih untuk mewakili daerah Pekan dalam Penarafan Bilik PPDa Tahun 2018 ke peringkat negeri Pahang. Sehubungan dengan itu, suatu mesyuarat telah dijalankan bagi memberi penerangan berkenaan penarafan berkenaan dan pembahagian jawatankuasa kerja mengikut keperluan instrumen yang ditetapkan. Pn. Normazlina selaku penyelaras PPDa sekolah telah membentang jawatankuasa kerja berkenaan. Semoga dengan kerjasama semua, bilik PPDa SK Pekan Jaya bakal mendapat penarafan yang selayaknya.