PENGENALAN


Pengenalan

Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan usaha untuk mencegah masyarakat Malaysia daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah di mana merangkumi 3 elemen penting iaitu:
Ø  Mencegah seseorang daripada mengambil dadah
Ø  Mencegah seseorang daripada menagih semula
Ø  Mencegah seseorang daripada mendapat bekalan dadah

Program

Keluarga Bebas Dadah

Ø  Fokus kepada peranan ibubapa dan ahli keluarga yang lain
Ø  Memberi kesedaran dan kemahiran intervensi kepada murid/pelajar

Institusi Pendidikan Bebas Dadah

Ø  Fokus kepada peranan murid/pelajar
Ø  Memberi kesedaran dan kemahiran intervensi kepada murid/pelajar

Kementerian pendidikan telah diberikan tanggungjawap bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah di peringkat sekolah dan institusi latihan guru. Objektif pendidikan pencegahan dadah adalah untuk:
Ø  mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi dadah
Ø  menyediakan altenatif-altenatif yang berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan dadah
Ø  mewujudkan suasana persekitaran yang menjadikan dadah itu dibenci dan jijik

 Strategi pendidikan pencegahan dadah

 Strategi pendidikan pencegahan dadah di peringkat sekolah melalui:-

1.      PROGRAM DI SEKOLAH 

1.1 Kurikulum
Strategi jangka panjang dalam bidang pendidikan pencegahan dadah disekolah-sekolah ialah dengan mengintegrasikan unsur-unsur pencegahan dadah dalam kurikulum baru sekolah. Dalam kurikulum yang ada sekarang ini, unsur-unsur pendidikan pencegahan dadah disisipkan dalam beberapa matapelajaran etrtentu seperti agama Islam, moral, kesihatan, sivik, kewarganegaraan, bahasa, sains dan kemahiran hidup

1.2  Ko-kurikulum
Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum adalah penambah dan pelengkap kepada kurikulum. Ko-kurikulum adalah pendidikan yang diperolehi daripada pengalaman-pengalaman pembelajaran. Aktiviti-aktiviti ini boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah seperti melalui pasukan-pasukan pakaian seragam, persatuan atau kelab dan sukan(olahraga dan permainan).Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan di kalangan pelajar-pelajar. Ia juga bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawap, berdisiplin, berdikari dan mahir dalm sesuatu lapangan yang mereka sertai.Untuk memastikan pelajar-pelajar sekolah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum:-

          i. setiap pelajar dikehendaki menyertai dua daripada tiga aktiviti sukan atau permainan                            persatuan atau kelab dan pasukan pakaian seragam
         ii. pihak sekolah mengadakan aktiviti-aktiviti pencegahan dadah.

 1.3  Khidmat Menolong / Bimbingan dan Kaunseling
Meningkatkan khidmat bantuan / bimbingan dan kaunseling seperti kaunseling individu dan kelompok kepada pelajar yang bermasalah dan khidmat  daripada pegawai kebajikan / sekolah / pegawai kebajikan masyarakat.

B. PROGRAM MELIBATKAN MASYARAKAT

Strategi ini bertujuan untuk melibatkan masyarakat sekolah dalam usaha pencegahan dadah di sekolah. Kumpulan sasar program ini ialah ibubapa pelajar, guru, guru besar dan kakitangan sekolah. Anatara program / aktiviti dadah termasuklah :-

                a. Meningkatkan penglibatan PIBG dalam pendidikan pencegahan dadah di sekolah.

Mewujudkan konsep sekolah sebagai institusi masyarakat bagi menarik penglibatan yang
lebih luas daripada masyarakat

No comments:

Post a Comment