Tuesday 10 April 2018

SENAMROBIK 'GAYA HIDUP SIHAT' SEMPENA MINGGU PPDa 2018

Tarikh : 11 April 2018
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Bestari

Salah satu dari aktiviti minggu PPDa pada tahun ini dan memang merupakan aktiviti tahunan juga ialah Senamrobik. Senamrobik kali ini dipimpin Cikgu Eda dan Muallimatun Azean. Semua murid begitu seronok mengikuti aktiviti yang dijalankan. Sementara guru-guru lelaki pula menyediakan persiapan dewan untuk acara ceramah yang aklan diadakan selepas senamrobik.

Dadah bukan sahaja masalah sekolah, dan bukan juga hanya masalah setempat. Malah penyalahgunaan dadah juga bukanlah masalah sesuatu kaum semata-mata tetapi masalah yang turut melibatkan semua warganegara Malaysia.
Pendidikan Pencegahan Dadah di perkenalkan di semua sekolah di seluruh Malaysia untuk mendidik generasi muda, iaitu pelajar sekolah, supaya mengenali jenis-jenis dadah dan menjauhi diri dari menggunakannya.
Di peringkat sekolah, semua aktiviti ko-kurikulum yang melibatkan pelajar sememangnya mempunyai matlamat mendidik pelajar supaya mengamalkan kehidupan lebih sihat dan bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri mereka.
















No comments:

Post a Comment